Hukum bersalam antara lelaki dan
wanita menjadi topik hangat di kalangan umat Islam. Hukum ini pula berkisar
kepada dua perkara iaitu haram atau harus.
Sebelum kita melangkah jauh dalam mencari penyelesaian masalah ini, eloklah kita melihat dahulu persepakatan pendapat ulama pada dua perkara tersebut:
Pertama: Haram berjabat tangan dengan wanita jika disertai bersamanya perasaan ghairah serta seronok kepada salah satu pihak sama ada lelaki ataupun wanita tersebut.
Dihukumkan haram juga sekiranya dengan berjabat tangan itu diyakini akan membawa kepada fitnah. Ini kerana menjauhi segala perkara yang boleh menjerumuskan seseorang ke dalam kancah maksiat itu ada wajib. Apatah lagi jika sebab ataupun punca ke arahnya dalah jelas dan nyata.
Kedua: Keringanan diberikan dalam berjabat tangan dengan wanita tua yang sudah tidak lagi mempunyai keinginan syahwat. Begitu juga dengan kanak-kanak perempuan kecil yang belum mempunyai keinginan. Berjabat tangan ketika itu dibolehkan kerana ia adalah selamat dari fitnah. Hukumnya dalah sama jika lelaki tua yang sudah lanjut usianya serta tidak mempunyai keinginan syahwat ketika bersalam dengan wanita.
Ini berdasarkan kepada riwayat daripada Abdullah bin al-Zubir di mana beliau telah menggunakan perkhidmatan seorang wanita tua untuk merawat sakitnya. Wanita tua tersebut telah menyentuh dan menyikatkan rambutnya.
Ketika ulama bersepakat dengan dua keadaan di atas, timbul pula perselisihan hukum di kalangan mereka mengenai menyentuh atau bersalam dengan wanita yang bukan muhram di luar dari situasi di atas.
Ada sebahagian ulama yang tetap berpendirian bahawa menyentuh wanita itu tetap haram sama ada ketika berjabat tangan antara lelaki dan wanita tidak membangkitkan perasaan berahi atau fitnah.
Mereka menggunakan dalil daripada al-Ma’qal bin Yasar yang diriwayatkan oleh al-Tobrani dan al-Baihaqi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ditikam kepala seseorang itu dengan jarumm besi adalah lebih baik daripada dia bersentuh kulit dengan wanita yang bukan muhramnya.”
Ulama yang mengharuskan berjabat tangan antara lelaki dan wanita muhram tanpa disertai perasaan berahi dan fitnah menganggap dalil yang digunakan ini tidak kukuh kerana tokoh-tokoh ulama hadis yang masyhur tidak mengeluarkan hadis tersebut di dalam riwayat mereka. Tambahan pula hadis tersebut tidak dijadikan dalal untuk mengharamkan perbuatan tersebut oleh mana-mana ulama di awal Islam.
Dalam menjelaskan kedudukan ini saya lebih berminat kata-kata atau fatwa al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qardawi yang membuat kesimpulan hukum seperti berikut:
Pertama: Harus berjabat tangan dengan wanita yang bukan muhram ketika tidak disertai dengan rasa berahi dan aman daripada sebarang fitnah. Sekiranya dibimbangi berlaku fitnah atau rasa berahi daripada salah satu pihak, maka berjabat tangan ketika itu adalah haram tanpa syak lagi.
Bahkan adakalanya berjabat tangan dengan muhramnya seperti emak saudara sebelah ibu dan bapa,
saudara susuan, anak tiri perempuan, isteri kedua bapa, emak mertua dan seumpamanya pun akan menjadi haram sekiranya kedua-dua syarat itu tadi tidak dipenuhi.
Begitu juga dengan berjabat tangan antara lelaki dengan lelaki dikira haram jika kedua-dua syarat iaitu perasaan berahi dan fitnah ada ketika perlakuan itu berlaku sama ada satu pihak sahaja atau kedua-duanya sekali. Ini kerana pada sesetengah tempat atau negara perbuatan berjabat tangan atau berpelukan antara lelaki dengan lelaki lebih besar bahaya daripada melakukannya bersama wanita.
Kedua: Berjabat tangan hendaklah dikhususkan pada tempat yang diperlukan sahaja. Sebagai contoh ialah sesama kaum kerabat seperti saudara sepupu, ipar duai atau saudara mara perempuan yang lain tidak kiralah sama ada secara nasab kekeluargaan ataupun yang berlaku melalui perkahwinan. Ini kerana sesama mereka itu telah ada percampuran dan juga ikatan yang
cukup kuat. Namun begitu ia hendaklah pada kadar yang tidak keterlaluan sebagai langkah berjaga-jaga daripada berlaku syubhat di samping meneladani Rasulullah s.a.w. yang tidak pernah bersalaman dengan mana-mana wanita yang halal berkahwin.
Bagi lelaki dan wanita yang benar-benar memelihara agamanya, mereka hendaklah menghindarkan diri dari mula berjabat tangan. Akan tetapi jika orang lain yang mula berjabat tangan maka berjabat tanganlah dengan mereka.
Seandainya ada di kalangan orang Islam yang berpegang kepada hukum haram berjabat tangan dengan wanita yang bukan muhram maka teruskan dengan hukum tersebut kerana ia lebih selamat. Namun keharusan ini diberikan kepada sesiapa yang terdesak dan memerlukan kelonggaran ketika pihak wanita menghulurkan tangan terlebih dahulu bagi menjaga maruah wanita tersebut di khalayak ramai lebih-lebih lagi dia amat dikenali dan berpangkat.

0 Komentar untuk " HUKUM LELAKI BERJABAT TANGAN DENGAN WANITA YANG BUKAN MUHRIMNYA"