Tanda tanda kiamat Kecil dan besar


TANDA-TANDA KIAMAT KECIL
1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf
b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a.
w. telah bersabda:”Aku menghitung
enam perkara menjelang hari
kiamat.”Baginda menyebutkan salah
satu di antaranya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2. Zina bermaharajalela. “Dan
tinggallah manusia – manusia yang
buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai).
Maka pada zaman
mereka inilah kiamat akan datang.” –
Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat muzik.”Pada
akhir zaman akan terjadi tanah runtuh,
rusuhan dan perubahan muka.”Ada
yang bertanya kepada
Rasulullah;”Wahai Rasulullah bila hal ini
terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila
telah bermaharajalela bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita”
– Ibnu Majah
4. Menghias masjid dan
membanggakannya. “Di antara tanda-
tanda telah dekatnya kiamat ialah
manusia bermegah-megahan dalam
mendirikan masjid” -Riwayat Nasai.
5. Munculnya kekejian, memutuskan
kerabat dan hubungan dengan
tetangga tidak baik. “Tidak akan
datang kiamat sehingga banyak
perbuatan dan perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim
dan sikap yang buruk dalam tetangga.”
– Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh meninggal
dunia.”Tidak akan datang hari kiamat
sehingga Allah mengambil orang-orang
yang baik dan ahli agama dimuka
bumi, maka tiada yang tinggal padanya
kecuali orang-orang yang hina dan
buruk yang tidak mengetahui yang
makruf dan tidak mengingkari
kemungkaran – Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan
terhormat.”Di antara tanda-tanda
semakin dekatnya kiamat ialah dunia
akan dikuasai oleh Luka’ bin
Luka’(orang yang bodoh dan hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu
ialah orang yang beriman yang diapit
oleh dua orang mulia” -Riwayat
Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang
yang dikenalnya sahaja.”Sesungguhnya
di antara tanda-tanda telah dekatnya
hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain
kecuali yang dikenalnya saja.” -Riwayat
Ahmad
9. Banyak wanita yang berpakaian
tetapi hakikatnya
telanjang.Diriwayatkan dari Abu
Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda
telah dekatnya hari kiamat ialah akan
muncul pakaian-pakaian wanita dan
apabila mereka memakainya
keadaannya seperti telanjang.”
10. Bulan sabit kelihatan besar.”Di
antara tanda-tanda telah dekatnya
hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit.” -Riwayat
Thabrani
11. Banyak dusta dan tidak tepat
dalam menyampaikan berita.”Pada
akhir zaman akan muncul pembohong-
pembohong besar yang datang
kepadamu dengan membawa berita-
berita yang belum pernah kamu
dengar dan belum pernah didengar
oleh bapa-bapa kamu sebelumnya,
kerana itu jauhkanlah dirimu dari
mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu dan memfitnahmu” –
Sahih Muslim
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan
kesaksian yang benar.”Sesungguhnya
sebelum datangnya hari kiamat akan
banyak kesaksian palsu dan
disembunyikan kesaksian yang benar”
– Riwayat Ahmad
13. Negara Arab menjadi padang
rumput dan sungai.”Tidak akan datang
hari kiamat sehingga negeri Arab
kembali menjadi padang rumput
dansungai-sungai.” – Sahih Muslim
TANDA-TANDA KIAMAT BESAR
Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary
berkata, sewaktu kami sedang
berbincang, tiba-tiba datang Nabi
Muhammad S.A.W kepada kami lalu
bertanya, “Apakah yang kamu semua
sedang bincangkan.?”
Lalu kami menjawab, “Kami sedang
membincangkan tentang hari Kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya
kiamat itu tidak akan terjadi sebelum
kamu melihat sepuluh tanda :-
• Asap
• Dajjal
• Binatang melata di bumi
• Terbitnya matahari sebelah barat
• Turunnya Nabi Isa A.S
• Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
• Gerhana di timur
• Gerhana di barat
• Gerhana di jazirah Arab
• Keluarnya api dari kota Yaman
menghalau manusia ke tempat
pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar
yang tidak ada bahaya sepertinya sejak
Nabi Adam A.S sampai hari kiamat.
Dajjal boleh membuat apa sahaja
perkara-perkara yang luar biasa. Dia
akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah
matanya buta dan di antara kedua
matanya tertulis perkataan ‘Ini adalah
orang kafir’.
Asap akan memenuhi timur dan barat,
ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila
orang yang beriman terkena asap itu,
ia akan bersin seperti terkena selsema,
sementara orang kafir pula
keadaannya seperti orang mabuk, asap
akan keluar dari hidung, telinga dan
dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai
Dabatul Ard ini akan keluar di kota
Mekah dekat gunung Shafa, ia akan
berbicara dengan kata-kata yang fasih
dan jelas. Dabatul Ard ini akan
membawa tongkat Nabi Musa A.S dan
cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan
tongkatnya ke dahi orang yang
beriman, maka akan tertulislah di dahi
orang itu ‘Ini adalah orang yang
beriman’. Apabila tongkat itu dipukul
ke dahi orang yang kafir, maka akan
tertulislah ‘Ini adalah orang kafir’.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam
di menara putih, beliau akan
membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa
A.S akan menjalankan syariat Nabi
Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar,
mereka ini merupakan dua golongan.
Satu golongan kecil dan satu lagi
golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu
kini berada di belakang bendungan
yang dibangunkan oleh Iskandar
Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka
ini, bilangannya tidak terhitung
banyaknya, sehingga kalau air laut
Thahatiah diminum nescaya tidak akan
tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, ” Hari
kiamat itu mempunyai tanda,
bermulanya dengan tidak laris jualan di
pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu
juga dengan tumbuh-tumbuhan.
Ghibah menjadi-jadi di merata-rata,
memakan riba, banyaknya anak-anak
zina, orang kaya diagung-agungkan,
orang-orang fasik akan bersuara
lantang di masjid, para ahli mungkar
lebih banyak menonjol dari ahli haq”
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di
suatu masa di mana Islam itu hanya
akan tinggal namanya sahaja, agama
hanya bentuk sahaja, Al-Qur’an hanya
dijadikan bacaan sahaja, mereka
mendirikan masjid, sedangkan masjid
itu sunyi dari zikir menyebut Asma
Allah. Orang-orang yang paling buruk
pada zaman itu ialah para ulama, dari
mereka akan timbul fitnah dan fitnah
itu akan kembali kepada mereka juga.
Dan kesemua yang tersebut adalah
tanda-tanda hari kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W, “Apabila harta
orang kafir yang dihalalkan tanpa
perang yang dijadikan pembahagian
bergilir, amanat dijadikan seperti harta
rampasan, zakat dijadikan seperti
pinjaman, belajar lain daripada agama,
orang lelaki taat kepada isterinya,
menderhakai ibunya, lebih rapat
dengan teman dan menjauhkan
ayahnya, suara-suara lantang dalam
masjid, pemimpin kaum dipilih dari
orang yang fasik, oarng dimuliakan
kerana ditakuti akan tindakan jahat
dan aniayanya dan bukan kerana
takutkan Allah, maka kesemua itu
adalah tanda-tanda kiamat.”
0 Komentar untuk "Tanda tanda kiamat Kecil dan besar"

 
Copyright © 2014 Damai7 - All Rights Reserved
Template By. Konsen Fokus